Search LOG MASUK

Ether Puncak Tertinggi (ETH/USD)

PERKEMBANGAN PASARAN HARIAN

RINGKASAN

Cryptocurrency kedua terbesar Ether, altcoin Ethereum mencatatkan rekod tertinggi buat pertama kalinya sejak 2017, sementara dolar AS jatuh selepas ucapan oleh bakal Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen. Stok Netflix melonjak selepas laporan pendapatan. Hari ini Biden dilantik sebagai Presiden AS ke-46.

BERITA UTAMA

  • Ethereum cecah puncak tertintting sejak 2017
  • Dolar jatuh selepas Jenet Yellen berkata AS sepatutnya bertindak besar terhadap dana bantuan covid, mengutarakan bon 50-tahun
  • Stok Netflix melonjat 13% selepas laporan pendapatan Q4
  • Goldman Sachs melepasi anggaran pendapatan menjadi stok kuat
  • Hang Seng melanjutkan momentum positif
  • Stok AS memulakan minggu pendek dengan kenaikan, stok teknologi mendahului
  • Biden akan mempunyai pelantikan maya hari ini sebagai Presiden AS ke 46
  • Biden tidak akan bubarkan larangan perjalanan ke Eroph dan Brazil
  • HARI INI: Keputusan kadar BOC, pendapatan Morgan Stanley, pelantikan Biden
 

GURU WISDOM

"The key to making money in stocks is not to get scared out of them." - Peter Lynch

PASARAN

*Harga penutupan harian
EUR/USD        1.2134                   (+0.48%)
GBP/USD       1.3636                   (+0.39%)
USD/JPY         103.89                   (+0.19%)
S&P 500          3798.81                 (+0.81%)
Hang Seng     29,642.28             (+2.70%)
Gold                 1840.50                 (+0.21%)
Oil (Brent)     55.96                     (+2.21%)
Bitcoin            36,514.0               (-0.50%)

BERITA

Ethereum

Perdagangan susulan telah membawa Ethereum kembali ke paras tertinggi sebelumnya. Peniaga telah membeli ETH yang mana menunjukkan prestasi lemah berbanding Bitcoin yang melepasi tahap tinggi tahun lalu. Kali terakhir Ether mencapai tahap tinggi ini, harganya terus menjunam tetapi penggunaan yang lebih luas, minat institusi dalam kripto, mata wang digital bank pusat dan perbelanjaan kerajaan dan bank pusat yang besar adalah antara sebab untuk berfikir ia mungkin berbeza kali ini. Niaga hadapan ETH mula diperdagangkan di CME pada bulan Februari.

Netflix (NFLX)

Berita bahawa Netflix hampir menjadi 'aliran tunai positif' - bererti ia mampu membiayai operasi hariannya sendiri - serta idea pembelian balik saham menyaksikan harga saham melonjak lebih dari 13% selepas pasaran tutup. Metrik utama untuk menilai pertumbuhan Netflix adalah pelanggan berbayar bersih dan mereka melonjak 8.5 juta pada suku terakhir apabila dijangka 6.47 juta. Kini terdapat 200 juta pelanggan Netflix berbayar di seluruh dunia.

Yellen

Dolar AS jatuh setelah mantan Ketua Fed dan Setiausaha Perbendaharaan baru Janet Yellen mencadangkan bahawa persekitaran faedah rendah ketika ini bermaksud sudah waktunya untuk 'membesar' perbelanjaan kerajaan. Hutang tambahan dan mungkin pencetakan wang tambahan untuk mengekalkan kadar rendah menekan USD.

HARI INI

09:30 - PBoC Interest Rate Decision [3.85% Exp vs. 3.85 % Prev]
15:00 – UK Consumer Price Index (YoY)(Dec) [0.5 % Exp vs. 0.3 % Prev]
18:00 – Eurozone Consumer Price Index (YoY)(Dec) [Exp -0.3 % vs. -0.3 %]
21:30 - BoC Consumer Price Index Core (YoY)(Dec) [1.2 % Exp vs. 1.5 % Prev]
23:00 - BoC Interest Rate Decision [0.25 % Exp vs. 0.25 % Prev]
01:00 - Presidential Inauguration
 

UNLIMITED ACCESS!

The best way to keep track of your accounts. Get notifications
and access your dashboard any time!

Open a live or demo account, make secure deposits or get latest
market updates for free!